Monday 22 June 2015

Hari ini.

hari ini rasa mcm diserang kembali dari kiri dan kanan.juga tengah. tengah hati..ada juga satu rasa yg masih tak dapat dilepaskan.makin menghenyak dalm hati. aku penat. dah berkali-kali jadi. aku sgt penat. rasa mcm kau jerit kuat-kuat tp org tak dengar. rs mcm kau ingin lepaskan tp masih kuat simpul ikat. tp aku nk lepaskan. sbb aku penat. sampai hari ini aku mula rasakan dunia aku seolah² ada aku sorang saja. xda org laen terlibat. pada masa yg sama ada satu kelibat yg masuk dunia aku. tp cuma kelibat bayang² dia saja. dia sendiri "lost" dgn dunia dia. mmg dah sifat perangai aku jenis kalau nk tahu sesuatu tuh, mahu korek semahu-mahunya. tp mcm ssh. dia tutup rapat xnak kongsi. rupanya dia jenis pemendam mcm aku. berahsia tntg hati. tp aku dan hati aku mahu dia. dia maen tarik tali. bkn playboy. tp dia tak yakin dgn aku. atau pon bkn aku yg ada dlm hati dia. mungkin ada satu wanita. aku tak tau siapa. mungkin dia rindu perempuan dalam dia punya "past". atau mungkin perempuan laen. tp bkn aku. xtau, tuhla aku rasa. dia jenis setia. aku tau dia boleh dpt perempuan yg mcm mana pon dia nak. sbb dia ada ciri² yg buat perempuan tertarik. rupa, gaya, kerjaya, harta, solat jaga. means dia kenal Tuhan. cuma jahil saja. mcm aku. jahil..
AKU, walaupun ada saja si lelaki² yg mahu dekat dan pikat hati. tp ak mcm 'keras'. takda perasaan mcm aku ada perasaan kat dia. padahal yg cuba pon not bad. ada gaya dan kerjaya juga. tp kenapa aku xnak? tetap juga fokus aku kat dia. aku suka betul dia. pelik juga perasaan nih. pd masa yg sama sebelum nih jd hal mcm nih jgk. TIGA lelaki yg pernah dtg dlm hidup aku yg sampei buat aku jd kebal hati. ak bukan loser. takda istilah loser dalam proses mencari jodoh.
kali ini aku minta dgn Allah. sbb hati aku fokus dia. walaupun aku kecewa hati dia bkn ada aku. aku rasala.tp aku tetap akan minta. minta kat Allah tuh mcm kita luah kat kaunselor. walaupun takda interaksi. hanya kau saja becakap. tp lega tuh kau dpt rasa. ustaz kata kalau nak sesuatu kena minta spesifik kat Allah. baru Allah kabulkan. Allah suka org mintak² kat dia. aku minta dia saja. minta Allah buka hati dia utk aku.
aku nak hidup dgn dia. iaitu lelaki yg aku harapkan jd yg terakhir dalam hati dan kekal sampai akhir hayat dan setia dgn aku. dia sgt tahu aku suka dia. cuma hati dia, dia kena buka utk aku.